Monday, June 30, 2014

World Cup dan Ramadhan

Salam

Dah lama tak menulis di blog ni..janggal rasanya. Ini semua dek kesibukan bekerja dan banyak rasa menagguhkan banyak perkara.

Masa ni dua perkara yang tengah hangat, bola world cup dan puasa... apa pulak kaitannya..tak ada sebenarnya. Cuma memori kembali ke zaman kanak-kanak..world cup merupakan kegilaan waris setiap 4 tahun sampai sekarang ni.. waris mula kenal world cup tahun 1978 di Argentina, tupun tak ada siaran langsung di tv (rumah waris masa tu memang tak ada tv), cuma dapat berita dari surat khabar dan majalah (tu pun baca di gerai surat khabar abang nor di kg). Waris mula cekap membaca dan mengingat melalui bolasepak. perkataan pertama yang waris tlis iala liverpool fc yng diconteng di dinding rumah. World cup 1982 ialah world cup yg pertama kali waris dapat tonton di tv (masa tu baru ada tv hitam putih) masa tu waris peminat liga inggeris dan tak hairanla waris jadi penyokong england, masa tu ada kevin keegan idola waris bermain untuk england jersi no 7. Dan masa tu juga world cup main masa bulan puasa di sepanyol.

Balik ke cerita asal, 1982, waris berumur 12 tahun dalam darjah enam, masa tu ligat main bola sampai peringkat daerah dan memang minat tengok bola di tv dan baca majalaah bolasepak. Darjah enam 1982 di SKPT tak ramai murid ada 28 orang aje, pelajar lelaki ada la 13 orang, waris masa tu ketua murid SKPT, pakat dengan rakan-rakan kelas mengadakan perlawanan bolasepak waktu rehat pada bula puasa tu... nanti dulu bukan lawan bola di padang tetapi lawan bola jentik. Kad keras dari kotak yang dlipat menjadi pemain bola, gol dari kertas dan bola dari kapur yang dibulatkn, rakan2 kelas , Jamal Rizal, Fauzi Nazir, Razak Malek, Razak Mat Nor, Yusri Jamin, Rosdi Razak, Nasrom Azhar, Nazlan Ali, Jefri Akma, Norhisam Ismail, Syamsul akma pakat bayar yuran penyertaan 50 sen seorang buat pertandingan adan 12 pasukan (syamsul tak nak main) pilih pasukan yg bertanding dalam world cup 82 tu,waris awal-awal lagi pilih england siap lukis jersey pada kad pemain dan jenama admiral..

Lepas undi kumpulan, perlawanan bola jentik world cup mula setiap kali rehat selama 2 minggu di kawasan simen belakang tandas lelaki, masing-masing bawak players dalam beg beg plastik, rupa2nya cikgu Mat Rahim (cikgu displin) dan Cikgu Zubir (coach bola) perasan setiap kali rehat kami beramai-ramai ke belakang tandas bawak plastik, mereka sangka kami tak puasa bawak makanan dan makan di belakang tandas.. minggu berikutnya masa pertandingan masih berlangsung, cikgu mat dan cikgu zubir serbu ke belakang tandas kononya kami tak puasa dan makan di sana...kelam kabut kami dibuatnya..akhirnya cikg mat dan cikgu zubir tahu kami main bola kertas aje bukan tak puasa. Seperti dalam world cup 82, england kalah di pusingan kedua, waris jugak kalah masa tu. Duit yuran penyertaan Jamal rizal belikan hadiah berupa jajang ( mamee masa tu paling popular) dan hadiah di sampaikan di dalam kelas oleh cikgu zubir dan dia puji kami kerana boleh menganjurkan permainan sesama sendiri.

Masa kini waris dah banyak mengetuai penganjuran majlis dan sukan, pengalaman pertama masa darjah enam menjadi penganjur world cup kertas tetap tersimpan dalam memori selamanya.

Itu aje ...tq