hari raya kedua, waris dan family bersiar-siar di bandar Kuala Lipis sambil Farisha anak sulung waris shoot foto dengan kamera Nikon D3100 yang baru dihadiahkan kepadanya. waris sempat juga singgah ke sekolah lama waris SM Clifford, Kuala Lipis dan ambil beberapa keping foto kenangan. Tahun lepas waris dan family sempat jugak singgah ke SM Clifford.Tahun depan waris pasti akan singgah lagi di Clifford, walaupun masa tu tak ada orang kosong dan sunyi sepi aje..
Lepas tu waris dan family pergi ziarah bapa saudara cikgu di Taman Cheneras Jaya, Lipis.
Hari Raya ketiga, semua ahli keluarga waris, adik beradik, ipar duai, anak saudara semua berkumpul di rumah apak. Adik waris, Anuar beli seekor kambing untuk aqiqah anaknya yang baru 2 bulan lahir, mak dan lain-lain sediakan nasi beriani dengan lauk kari kambing. Selepas zohor, ada majlis tahlil di masjid untuk arwah tok, wan dan nenek moyang waris. Selepas tu semua jemaah masjid berjamu nasi beriani di rumah apak. Selepas itu majlis doa selamat diadakan memohon agar kakak waris yang baru menjalani pembedahan kanser payu dara dan abang ipar waris yang juga menjalani pembedahan kanser gusi selamat dan sembuh seperti sediakala. Selepas itu kami bergambar beramai2 sekeluarga juga guna kamera nikon d3100 farisha.
Hari Jumaat waris dan keluarga balik ke Kuantan dan waris sempat solat Jumaat di masjid Sg Isap. Kami sekeluarga outing ke ECM dan Mega selepas Solat Jumaat. HAri Sabtu waris dah bertugas mengiringi pelajar ke Stadium menonton perlawanan bolasepak antara pasukan pahang dan Kolej Eton, England.
